Sabun Terbaik Untuk Kulit Muka – ZIZANI SECRET SOAP

slide1

Assalamualaikum kepada semua pelawat-pelawat blog Sifubiz.

Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada sifubiz.com.

Kali ini saya ingin review satu produk kecantikan untuk masalah kulit muka iaitu Zizani Secret Soap. Apa kebaikan sabun zizani ini? Sekejap lagi saya ceritakan ya.

Saya sendiri telah mencuba sabun ini dan pada saya sabun ini bagus dan yang paling penting tiada kesan sampingan. Sabun ini buatan 100% bumiputera dan tiada pengelupasan. Jika selalunya ada sabun muka yang akan membuatkan kulit si pemakai akan mengelupas dan kemerah-merahan tetapi tidak dengan sabun Zizani. Kulit menjadi seperti semulajadi.

Wajah saya selalu gelap dan kusam setelah seharian di ofis dan di jalanraya dan setelah mencuba sabun ini saya lihat wajah saya cerah dan sentiasa lembap. Sebelum ini kulit muka saya selalu kering dan kusam.

Untuk pengetahuan semua sabun ini diformulasikan dengan bahan semulajadi yang diiktiraf sebagai yang terbaik untuk masalah kulit muka seperti jerawat dan jeragat.

Sabun ini tiada Paraben, SLS, Silikon dan Petroleum yang mana bahan ini merbahaya untuk kulit.

Selain itu sabun zizani secret soap ini juga membantu masalah kulit kering dan anti penuaan. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Di antara kebaikan sabun Zizani Secret Soap adalah:

1. Membantu mencerahkan tona wajah, parut dan tompok jeragat
2. Membantu mengawal kulit berminyak dan berjerawat
3. Membersih wajah dan badan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit
4. Membekalkan kelembapan semulajadi sepanjang hari tanpa kesan berminyak
5. Membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus
6. Membekalkan antioksida yang penting untuk kulit melawan kesan UV matahari

Saya sangat syorkan sabun ini kepada rakan-rakan semua kerana ianya baik untuk kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit biasa atau kulit sensitif.

Sila lihat testimoninya di sini –> Testimoni Pelanggan

Untuk maklumat lanjut sila ke www.zizanisecret.com.

Sekarang mereka sedang menawarkan harga promosi hebat. Sila cepat-cepat ke sana.

Terima kasih dan jumpa lagi.

Sifubiz

Leave a Comment

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.