Produk Fizikal

Bisnes di eBay, perlu idea yang banyak.. betul ke?

0

 

Salam hormat,

Hari ini jika kita lihat ramai newbie disogok dengan niche produk yang “kurang bersesuaian” dengan pengalaman mereka.

Akhirnya ramai yang kecundang dipertengahan jalan angkara salah tanggapan menjana pendapatan di eBay begitu mudah dan mampu memberi pulangan yang lumayan.

Seseorang penjual itu mampu menghasilkan jualan dan pendapatan yang memberansangkan jika mereka sentiasa mempunyai іԁеа-іԁеа yang boleh dikembangkan.

Sebagai contoh, ada orang amat suka memasak. Memasak juga merupakan hobi buat seseorang. Apabila kita membuat carian dan research, kita akan mendapati begitu banyak katakunci dan carian di internet berkaitan dengan memasak.

Antara yang paling рοрυƖаr ialah buku resepi. Kita tahu, setiap negara memiliki chef mereka yang terhebat dan terkenal. Malah chef Malaysia juga dikenali di seluruh dunia.

Apabila kita menyebut mengenai hobi dan citarasa, mereka yang meminati aktiviti ini sudah pasti akan mencari bahan-bahan resepi baru di internet terutamanya di eBay.

Kita sebagai seorang penjual harus peka dan mengenalpasti apakah resepi-resepi lazat dan hebat yang boleh kita ketengahan di pasaran eBay.

Senaraikan di atas kertas dan mula menulis seberapa banyak maklumat mengenai buku resepi dan penulisnya, kemudian kenalpasti dimana sumber bahan ini boleh diperolehi. Jika anda telah menjumpainya, bolehlah berkira-kira untuk menjualnya di eBay.

Samalah seperti pengalaman Noorizam Shah, pemilik produk Video Lubuk Duit dimana beliau mempunyai pengalaman menjual majalah TIME berkaitan berita kematian Micheal Jackson di pasaran eBay US dan UK dan ianya sold out dalam masa beberapa hari.

VIDEO LUBUK DUIT

Di dalam DVD video lubuk duit ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk membina іԁеа dan menggunakan іԁеа tersebut untuk mencipta produk bagi jualan di eBay.

Pendedahan ini bukan dari cedok dari mana-mana forum atau platform perbincangan kerana ramai yang sedia maklum, saudara Noorizam Shah memang mempunyai banyak pengalaman di dalam bisnes di eBay.

Maklumat lanjut mengenai bagaimana membina іԁеа yang hebat, sila layari link ini:

VIDEO LUBUK DUIT

Dapatkan sekarang juga sebelum harga dinaikkan. Cepat! Cepat! Video ini terbukti berkesan bila salah seorang pembeli telah berjaya menghasilkan pendapatan RM1000 sehari. Memang Dasyat!
Jumpa lagi,

Sifubiz.com

7 Rahsia Buat Duit Dari Rumah

0

Sahabat yang dihormati,

Pencarian buat duit anda berakhir disini…

Jika anda benar-benar serius untuk buat duit sambil goyang kaki dirumah, dan mahukan kerja sambilan sejam dua sehari tetapi boleh dapat RM100-500, anda mesti berikan perhatian sepenuhnya dengan apa yang bakal saya dedahkan disini.

Jika anda sudah bosan mencuba pelbagai kerja sambilan diinternet tapi baki akaun bank masih lagi ciput, anda bernasib baik kerana hidup anda pasti berubah selepas membaca langkah demi langkah rahsia saya buat duit dari rumah sehingga mencecah RM245,792 dalam masa setahun secara…PERCUMA! (Amaran! Untuk tempoh terhad sahaja!)

 

Buat Duit Dengan Ikan Keli.. Berbaloi!

0

Salam,

Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan ternak ikan keli yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membuat kolam atau sekurang-kurangnya meletakkan kolam kanvas di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM2000 ke atas sebulan? Inikan pula jika anda melakukannya secara serius dan sepenuh masa!

Anda tentu sudah biasa membeli ikan keli pasar-pasar dengan harga RM4.00 hingga ke RM5.00 sekilo. Tahukah anda, kos ikan keli tersebut amatlah murah berbanding dengan kos ikan-ikan lain? Ini membuka peluang yang luas untuk anda menceburi bidang penternakkannya kerana keluarannya yang sedikit berbanding permintaan. Tambahan pula, isu produk keluaran halal juga amat ditekankan dan telah menjadi kesedaran umum. Jika anda membina kolam ternakan sendiri dan menjualnya, sudah semestinya keuntungan yang melipatganda bakal menanti anda.

Ternak Keli

Untuk pengetahuan anda, ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik. Sekarang ini ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersialkan. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

Untuk menjadikan ternakan ikan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang-kurangnya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Kini ikan keli hanya diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Untuk lebih info sila ke Buat Duit Dengan Ikan Keli. Berbaloi!

 

Ebay Membaham Akaun Anda…

0

Mungkin agak rakus bunyinya tajuk artikel kali ini.

Hari demi hari perniagaan online di pusat membeli belah terbesar dunia iaitu Ebay semakin ketat. Semakin banyak rules yang pelik dikeluarkan bagi penjual. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana banyak rungutan dari pengiat-pengiat Ebay yang menyatakan akaun mereka disuspenkan sejurus mereka listing produk-produk mereka. Tidak seperti tahun 2009 dan 2010 rules di Ebay masih lagi ringan ketika itu dan ramai yang boleh buat duit sehingga 5k – 10k sebulan.

Itu dulu, kini hanya akaun-akuan yang telah berstatus otai atau lebih dari 2 tahun dan maintaian DSR yang baik sahaja yang boleh meneruskan pelayaran mereka. Akaun yang sudah cukup umur pun boleh kantoi dengan tidak semena-mena. Sο bagaimanakah jalan untuk meminimumkan masalah ini supaya pihak ebay tidak boleh sewenang-wenangnya membaham akaun anda? Bersambung..

Rentetan daripada penggunaan multiple account yang berleluasa pada ketika itu maka makin peninglah Ebay dibuatnya. Selepas itu apa-apa saja account baru yang menggunakan DC yang kurang dari setahun telah habis dibaham oleh sang Ebay. Keadaan ini membuatkan pengiat-pengiat ebay tersentak dan terlopong seketika kerana dek pembasmian account jenis ini.

Namun jika difikirkan kembali memang tindakan Ebay adalah betul kerana untuk menghalang pengiat2 ebay yang menggunakan cara Hit & Rυn kepada account2 mereka. Cara ini adalah amat tidak bermoral dan haram kerana duit diambil tapi barang tak dihantar. Dalam perniagaan offline sekali pun jika wang diambil dan barang tidak diberi bermaksud salah dan haram hukumnya.

Pokok pangkalnya semua bermula dari hati. Jika kita memang dari awal-awal lagi hendak buat Multiple account untuk tujuan yang tidak baik maka begitulah balasannya.

Maka marilah kita sama-sama kembali mencari pendapatan yang halal untuk kita dan keluarga. Biar sikit tapi bersih dari banyak tapi tak nampak.

Sifubiz.com

Asas bisnes online dan offline yang paling penting. Tanpanya sukar menjual.

0

Semenjak memulakan biznes internet ini, saya dapati ramai yang berminat berniaga. Ramai nak buat biznes online atau offline. Semua berlumba-lumba mendapatkan panduan, tips dan rahsia untuk buat duit. Dengan harapan mendapat pulangan lumayan. Malangnya ramai yang kecewa. Dan ramai yang gagal.

Jika anda pernah gagal. Pernah buat silap. Jangan berputus asa. Semua orang bermula dengan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Begitu juga dengan ramai peniaga lain. Dari sinilah kita belajar erti sebenarsebuah perniagaan. Dan erti sebenar sebuah kejayaan. InsyaAllah.

Dalam bisnes online saya dapati ramai yang mengatakan trafik atau pelawat adalah nadi utama bisnes online. Dan ramai berkerja keras mencari pelawat atau trafik samaada berbayar atau percuma. Benarkah trafik adalah segala-galanya? Bagaimana jika jutaan pelawat masuk ke laman web anda. Baca-baca dan tinggalkan laman web anda tanpa membeli produk anda. Tanpa mengisi borang opt іn. Tanpa klik apa-apa link anda.

Begitu juga dengan perniagaan offline. Anda pasang signboard sebesar gajah . Hantar flyer. Buat pelbagai jenis promosi. Ratusan orang datang ke kedai anda.. Tengok-tengok dan beredar. Tanpa membuat sebarang pembelian. Tak ke tension dibuatnya.

Disini saya ingin berkongsi salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan iaitu kepercayaan pelangan. Bagaimana membina kepercayaan pelangan yang menghasilkan jualan. Anda tidak akan mampu menjual selagi pelangan merasakan anda seorang penipu. Sukar menjual sekiranya pelangan masih ragu-ragu tentang diri anda, produk anda dan perniagaaan anda. Samada online atau offline, konsepnya tetap sama. Inilah asas perniagaan samada bisnes online atau offline yang paling penting.

Kita cerita tentang bisnes offline terlebih dahulu.

Semasa saya berkerja dulu. Saya dan kawan saya ke sebuah kedai makan. Dari jauh dia tengok kedai makan tu “Hairul, kita makan tempat lain la”… Heran juga saya “Laaa kenapa pulak nie”.. Rupanya, sahabat saya ini pernah mengalami cirit birit disebabkan makanan tercemar. Memang menyakitkan kalau kena cirit birit ini. Ini menyebabkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan untuk makan ditempat sebarangan.

JIka anda berniaga makanan, pastikan kedai anda benar-benar bersih. Kebersihan memberi satu kepercayaan kepada pelangan yang makanan anda selamat dimakan. Ini sebagai satu contoh membina kepercayaan pelangan. Dua aspek yang paling penting di sini. Pertama, kenal pasti apakah kebimbangan pelangan terhadap perniagaan anda. Kedua bagaimana mengatasinya secara langsung dan tidak langsung dan seterusnya membina kepercayaan atau keyakinan pelangan.

Tentu anda biasa didatangi penjual ke rumah anda. .. tuk.. tuk.. tuk… Bila buka pintu je.. “Assalamualaikum bang, saya jual keropok lekor bla..bla..bla….” Kita pun terperanjat dibuatnya. “Apa.. jual apa… arrr… tak pe lah… tak berminat” Kita pun risau nak beli atau tengok.. ntah penyamun ker… ntah elok ke tidak keropok lekornya.. ntah saper… kita pun tak kenal.

Tetapi sekiranya peniaga tersebut menghantar flyer (surat promosi) terlebih dahulu yang berbunyi “Kami dari syarikat Star Creative Food Center akan membuat promosi dari rumah ke rumah jualan keropok lekor asli Terengganu dengan sos cili udang perisa durian. Wow. Dibawakan terus kerumah anda esok dengan harga promosi..bla..bla..bla..”.. Barulah bila.. Tuk.. Tuk… tuk… Pelangan buka pintu pintu je “Nie yang jual keropok lekor terengganu tu ker, apasal lambat sampai nie.. dari pagi makcik tunggu taw..  bla..bla..blaa..” Belum bukak mulut dah kena tibai..hе.hе.hе.. Barulah pembeli berminat nak tengok produk anda dan cuba. Tapi pastikan betul-betul sedap, kalo tak naya kena betul-betul tibai nanti.

Begitu juga dengan perniagaan lain. Jika anda penjual baju. Fikirkanlah apakah kebimbangan pelangan untuk datang ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan untuk masuk ke kedai baju anda.

Apakah kebimbangan pelangan dalam memilih dan membuat pembelian. Tentu anda lebih arif tentang perniagaan anda. Dengan mengenal pasti kebimbangan pelangan, anda mampu mencari jalan terbaik menghilangkan kebimbangan ini dan membina kepercayaan atau keyakinan pelangan anda. Barulah boleh menghasilkan jualan.

Begitu juga dengan bisnes online. Hairul.com

Buat Duit Di Internet Cara MUDAH.. Inilah Caranya!

0

Sejak negara kita sering dilanda dengan masalah ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita yang mula mencari peluang untuk tambah pendapatan. Antara peluang tambah pendapatan yang mendapat tempat dan menjadi pilihan adalah perniagaan. Ada yang memilih perniagaan offline dan tak kurang juga yang memilih perniagaan online.

Buat Duit dengan MUDAH! semudah 1..2..3

Tetapi, sejak teknologi maklumat kian berkembang di negara kita dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti broadband dan streamyx, masyarakat kita mula menjadikan internet sebagai satu medium untuk menambah pendapatan.

Perkembangan ini sangat positif dan selaras dengan pendedahan tentang peluang buat duit di internet oleh beberapa individu atau mana-mana pertubuhan. Walaupun banyak peluang buat duit di internet cara sebenar didedahkan, masyarakat kita khususnya masih juga percaya dan lebih suka menyertai program-program buat duit yang menipu.

Antara program-program buat duit yang menipu adalah skim cepat kaya, skim ponzi, skim piramid, program HYIP, program reseller, dan banyak lagi. Kes-kes penipuan yang sering berlaku di internet sebenarnya adalah berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri. Sikap yang saya maksudkan adalah sikap ingin mendapat wang dengan cepat dan mahu menjadi kaya.

Biasalah orang kita. Apabila disogok dengan pelbagai janji manis dan pulangan wang yang lumayan, tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil peluang yang dianggap boleh mendatangkan hasil itu. Padahal, hasil yang bakal diterima adalah sebaliknya. Kemudian, selepas sedar mereka telah ditipu barulah nak menyesal. Kesian..

Dalam hal penipuan ini, untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan program buat duit yang menipu, anda seharusnya mengamalkan sikap berhati-hati sebelum menyertai mana-mana program buat duit. Langkah terbaik sebelum terjebak dan mengalami kerugian adalah anda perlu membuat kajian terhadap program berkenaan dengan menggunakan google atau bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain.

Baik.. Jika anda bertanya kepada saya, apakah peluang buat duit di internet yang selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapapun? Jawapan saya adalah peluang buat duit di laman Mudah.mу. Mengapa saya berikan jawapan itu dan bukannya buat duit dengan ebook, affiliate dan lain-lain?

Ini kerana, dengan buat duit di Mudah.mу, anda boleh mula serta merta dan terus buat duit. Jika hendak dibandingkan dengan cara lain, anda memang boleh buat duit juga tetapi tidak secepat seperti buat duit di Mudah.mу.

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan cara buat duit di laman Mudah.mу, sahabat usahawan saya iaitu saudara Hafizi Zain dan Ejat Perindu telah mengeluarkan sebuah ebook terbaru mereka yang bertajuk Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.mу.

Dalam ebook tersebut, mereka berdua telah membongkarkan secara terperinci bagaimana caranya untuk buat duit di laman Mudah.mу. Antara perkara-perkara rahsia yang dikongsikan adalah teknik tersembunyi buat duit di Mudah.mу, teknik beriklan di Mudah.mу cara hebat, teknik mendapatkan jualan sehingga hasilnya boleh mencecah lima angka dan banyak lagi.

Oleh itu, tanpa membuang masa anda lagi yang sememangnya sangat berminat untuk buat duit di internet, saya menjemput anda untuk berkunjung ke laman web ebook tersebut di [masukkan link affiliate di sini].

Sebaik sahaja anda masuk ke sana, pastikan anda baca terlebih dahulu penerangan yang terdapat di sana. Kemudian, anda jangan berlengah-lengah pula, terus dapatkan ebook Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.mу di sana ya. Ebook tersebut hanya buat anda yang serius untuk tambah pendapatan di internet sahaja.

Semoga anda berjaya buat duit!

Buat Duit dengan MUDAH! semudah 1..2..3

Selamat Tahun Baru 2011 dari SIFUBIZ.com

0

Salam untuk semua pembaca-pembaca sifubiz.com,

Pejam-celik pejam celik tak sedar dah masuk 2011. Pelbagai peristiwa suka dan duka berlaku pada 2010. Bagaimana dengan azam tahun lepas?  terlaksana atau terbengkalai.. Apa-apa pun sematkan azam baru tahun ini dengan lebih fokus dan semangat jitu. Untuk pengetahuan semua umur Website Sifubiz.com ini masih baru dalam 8 bulan beroperasi. Masih banyak kekurangan pada contentnya. Tapi dari masa ke semasa saya akan penuhinya dengan maklumat yang baik dan pelbagai terutama info berkenaan buat duit secara online.

Akhir kata semoga ilmu yang disampaikan di Sifubiz.com ini dapat serba sedikit membantu anda memperolehi pendapatan sampingan dari bisness online.

Terima kasih dan sila datang lagi.

Sifubiz.com

Membina Trafik Dengan 7 Langkah Mudah

1

Anda mempunyai blog baru dan telah memasukkan plugin-plugin yang penting. Anda juga teleh memilih tema yang anda suka daripada beratus-ratus template percuma. Langkah seterusnya? Membawa trafik ke blog anda? Salah!. Langkah seturusnya adalah memasukkan entry atau post. Setelah anda setup blog baru anda, amatlah penting untuk memasukan sekurang-kurangnya 10 Artikel Asas. Kenapa saya berkata demikian? Sebelum kita teruskan ke langkah-langkah seterusnya, jawab soalan ini dahulu. Mahukah anda melawat blog yang kosong tanpa sebarang isi kandungan? Langkah pertama telah diberikan. 6 langkah seterusnya untuk membawa trafik dengan mudah adalah seperti berikut.

1. Ping Servis Blog. – Selepas anda mengemaskini blog baru anda dengan Artikel Asas, ping kan Penyedia Perkhidmatan Ping untuk memaklumkan kepada mereka blog baru anda baru sahaja di kemaskini. Perkhidmatan ini di reka khusus untuk menjejak dan menghubungkan blog antara satu sama lain. Salah satu Penyedia Perkhidmatan ping adalah Ping-O-Matic.

2. Optimasikan Post Anda untuk Engin Pencari – Teknik yang biasa digunakan untuk optimasikan isi kandungan adalah, memastikan tajuk utama anda mempunyai keyword utama yang anda mahu optimasikan. Isi kandungan anda mengandungi keyword yang anda optimasi dan juga pada anchor text terdiri daripada keyword yang anda mahukan.

3. Hantarkan Press Release – Kaedah ini sesuai untuk blog berbahasa Inggeris kerana di Malaysia, perkhidmatan PR online berbahasa Malaysia kurang. Walaubagaimanapun, ianya mampu membawa masuk jumlah traffik yang banyak.

4. Memasukkan link pada ruangan tandatangan (signiture) – Masukkan alamat url blog anda pada ruangan Signature dapat membantu membawa masuk trafik. Sertai forum yang anda minat atu berkaitan dengan niche anda. Beri maklumbalas pada soalan-soalan yang diutarakan di forum. Sertai perbincangan yang hangat dibincangkan pada forum. Ingatlah, jangan SPAM.

5. Bertukar link – Bertukar-tukar link dengan rakan atau blog yang berkaitan dengan blog anda. Jika anda tiada rakan, berkawan dengan pemilik blog yang lain. Setai perbincangan dengan memberikan komen yang membina.

6. Sertai MyBlogLog.com – Buka akaun dan pasangkan widget dan uploadkan gambar. Apabila anda melawat pemilik blog yang lain, gambar anda akan terpapar pada widget MyBlogLog. Peluang untuk mendapatkan pelawat dari widget ini amat tinggi.

7 langkah yang dinyatakan diatas telah membawa masuk trafik ke rammelfirdaus.com, Blog yang baru sahaja saya setup 2 bulan yang lepas. Langkah-langkah yang dinyatakan adalah cara yang termudah dan percuma untuk membawa masuk trafik sesuai untuk blog-blog yang baru. Buat Duit Online.

RammelFirdaus.com

Bolehkah semua benda dijual di internet?

6

Suatu masa dulu, ada satu ayat yang menyatakan “Semua benda boleh dijual di internet!”. Pada mulanya saya hanya menerima bulat-bulat sahaja “ayat” tersebut.. tetapi setelah saya melihat kegagalan ramai orang yang cuba menjual sesuatu barang di internet. Kepercayaan saya terhadap “ayat” tersebut sedikit goyah..

Saya mula meragui ayat tersebut.. betulkah semua benda boleh dijual internet? Contohnya.. nasi lemak? Ada ke orang nak beli nasi lemak secara online? Lepastu, nasi lemak bukannya tahan lama.. kalau pos, confirm basi bila sampai kepada pembeli. Buat Duit Online.

Contoh lain.. rempah kari.. ada ke orang nak beli rempah kari di internet? Dari beli kat internet.. baik pergi beli kat kedai depan rumah tu je! Lagi cepat dan pantas.

Keraguan demi keraguan yang muncul di fikiran saya ini serba sedikit mula menyakinkan saya bahawa.. “Tidak semua benda boleh dijual diinternet”. Hanya barang-barang tertentu sahaja yang boleh dijual di internet.

Selepas itu, setiap kali saya ingin menjual sesuatu barang di internet, saya akan menganalisa terlebih dahulu “produk” tersebut..

adakah ianya tahan lama?
adakah ianya boleh di pos?
adakah ianya unik dan tiada dijual di kedai-kedai berhampiran?.. dan sebagainya
Namun begitu, lama-kelamaan, perkara ini sedikit menyusahkan saya. Terasa semakin susah pula untuk mencari produk yang sesuai yang boleh dijual di internet.

Dalam masa yang sama… saya melihat, ada beberapa barang yang saya rasa tidak sesuai dijual di internet, dijual oleh pihak lain dengan jayanya. Contohnya seperti, minyak wangi, baju kaftan, tudung, nasi berlauk (mangkuktingkat.com) dan banyak lagi… malahan jika dilihat di website ebay dan lelong, kita akan menjumpai banyak lagi benda-benda pelik yang tidak terlintas di fikiran saya ianya boleh dijual, dijual dan dibeli oleh orang di internet.

Malahan, saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan membeli sebuah televisyen di internet!.

Perkara ini telah membuka dimensi baru di dalam pemikiran saya, dimana ianya membuatkan saya berfikir semula mengenai ayat “semua benda boleh dijual di internet” menerusi perspektif yang baru.

Jika dulu saya menentukan sama ada sesuatu produk itu “boleh dijual atau tidak” di internet dengan membuat analisa pada produk tersebut seperti, tahan lama ke tidak? boleh di pos ke tidak? dan sebagainya..

Tetapi kini, tidak lagi..sebenarnya.. “menganalisa produk” semata-mata adalah tidak mencukupi, apa yang lebih penting dan utama ialah “membuat analisa terhadap diri anda (penjual), pasaran & juga pembeli”.

Kepada siapakah anda ingin menjual produk tersebut?
Bagaimanakah anda ingin menjual produk tersebut?
dan persoalan yang lebih penting dan utama, ialah….

Adakah anda mampu untuk menjualnya?…
Inilah 3 persoalan yang utama yang perlu ditanya sebelum anda menjual sesuatu produk di internet, jika anda dapat menjawap 3 persoalan di atas… anda akan dapat lihat… anda sebenarnya boleh menjual apa sahaja di internet!… ho! ho! ho!.. saya suka dengan “perasaan” dan “kepercayaan” itu.. ia membuatkan fikiran saya bebas semula dan tidak terbatas di dalam menghasilkan lebih banyak lagi website-website perniagaan internet saya.

Yosh!

Salam usahawan cyber dari saya!
MohdSuhaimy.com

Rahsia Buat Duit Dengan Kuih Raya

Tup-tap tip-tap dah nak masuk Ramadhan dan seterusnya hari raya..horeyyy. Lalunya di sini saya ingin kongsikan kepada anda cara-cara buat duit dengan kuih raya. Di sini anda akan di ajar cara-cara bagaimana hendak buat duit dengan kuih raya. Teknik ini adalah jarang-jarang didedahkan. Anda juga boleh buat duit online dengan sertai affialiate kuih raya. Untuk maklumat segera sila ke RAHSIA BUAT DUIT dengan KUIH RAYA.

Go to Top