DUIT ALAM BUNIAN, BENAR ATAU BOHONG?
0Duit ini dikatakan diambil dari alam bunian! Kisah ini berlaku pada tahun 2008 dan penulis sempat scan dan simpan untuk kenangan penulis. Pada hari ini penulis nak mendedahkan kisah seorang kawan yang kononnya kawan beliau seorang ni! adalah anak angkat kepada penghulu orang bunian Tasik Bera, Pahang.
Selepas diambil jadi anak angkat, kawannya telah menukarkan nama kepada “BERA”. Memang benar selepas melihat IC kawannya tertera nama “BERA”. Mungkin penduduk di daerah Sekincan mengenali beliau. Kononnya kawannya telah berkahwin dengan anak orang bunian Tasik Bera. Setahun sekali beliau menghilangkan diri selama 3 bulan kerana tinggal bersama isteri bunian di alam bunian.
Sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah kepada pembaca. Beliau mempunyai dua orang isteri. Penulis telah ke rumah beliau di Kuala Selangor (Isteri Pertama). Hari kedua beliau panggil jumpa di Sekincan pula di rumah isteri kedua. Orangnya simple sahaja kerja kampung tapi banyak menceritakan kisah-kisah misteri tentang alam bunian.
Selepas itu beliau menghulurkan duit diatas sebagai bukti. Penulis ambil dan pegang duit RM10 yang sekeping besarnya dan amati memang duit betul dan asli. Untuk mengesahkan sama ada duit itu palsu atau dicetak dengan printer ke atas kertas yang bermutu tinggi. Penulis telah membawa duit tersebut berjumpa dengan seorang kawan yang bekerja di sebuah bank. Beliau juga mengesahkan memang duit RM10 itu memang asli bukan palsu. Beliau hairan bagaimana duit RM10 yang dicetak di luar negara dan dipotong menjadi kepingan seperti yang kita gunakan sebelum dihantar ke BNM. Macamana boleh terdapat RM10 yang masih belum dipotong?? Soalan itu susah nak dijawab kerana duit ini kononnya diambil dari alam bunian.
Penulis telah menyimpan selama seminggu lebih selepas mengesahkan ia memang benar dan asli. Selepas memulangkan wang tersebut. Si Bera mempelawakan jika mahu banyak wang bunian, beliau boleh ambil lagi tapi ada syarat-syaratnya. Untuk menggunakan duit yang belum dipotong. Upah potong oleh orang bunian kena bayar. Kena sedekah beras, surah yaasin kepada masjid.
Wang untuk upah memotong duit itu jika diminta pada tarikh-tarikh tertentu mesti kena sediakan. Tak boleh awal atau lambat. Contohnya jika wang upah memotong diminta selepas solat zohor sebanyak RM1000 dihantar ke alam bunian (lokasi dikawasan hutan di sekitar hutan berdekatan) sebelum jam 3.00 petang. Berkejarlah ke lokasi tersebut dan bila sampai dipinggir hutan, Si Bera membaling duit upah tersebut ke kawasan dalam hutan dan kami terus balik. Beliau kononnya telah berjumpa bunian itu dan menyerahkan duit.
Masuk hari berikutnya, pelbagai lagi kerja menghantar beras dan surah yaasin telah kami sediakan dihantar ke sebuah masjid di Selangor. Sebenarnya penulis ingin melalui pengalaman ini kerana hendak tahu benar ke atau tidak ada kewujudan alam bunian yang pernah diceritakan oleh kawan-kawan.
Selepas beberapa hari pula, penulis telah menerima telefon mengatakan upah diminta lagi oleh orang bunian sebanyak RM3000. Jadi penulis tarik diri sahajalah selepas itu kerana macam ni orang bunian pun penipu juga. Jadi selepas itu kawan penulis yang dua orang lagi sanggup meneruskan kerja-kerja untuk mendapat duit dari alam bunian.
Sehingga kini, penulis tidak tahu sama ada mereka dua orang ini berjaya atau tidak menjadi kaya dengan duit alam bunian. Dengar khabarnya dua orang kawan ini sehingga kini masih belum menerima dan telah rugi hampir RM30 ribu kerana mengejar duit alam bunian yang kononnya yang dijanji oleh orang bunian jika selesai memotong. Dua orang kawan ini masing-masing akan menerima setengah juta seorang.
Dari pengajaran kisah ini. Jangan kita menjadi tamak dan lekas percaya walaupun perkara itu memang benar. Ada orang yang berjaya mendapat duit dari alam bunian. Buat bangalow dan menunai haji. Disebalik kisah sekiranya ada orang yang ingin jadi kaya dengan “tarik duit”. Jangan terlibat sebab bukan senang nak senang. Seperti orang yang membela toyol…mana ada yang kaya pun.
Penulis terlibat pada masa yang awal sahaja dan tarik diri cepat-cepat kerana cukuplah dengan pengalaman tersebut. Bunian adalah satu golongan jin samada Islam atau kafir. Penulis tidak tahu. Kata-kata masyhur yang selalu kita dengar “Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”. Tapi ada Bertaubatlah jika ada pembaca yang masih ingin kaya cara senang. Perpatah bahasa inggeris pernah berkata “Thеrе іѕ nο shortcut tο richness”. Jadi berusahalah dengan kuat untuk berjaya.
Jika kita baca dalam majalah-majalah tempatan, banyak kisah tarik duit orang bunian. Tarik duit dengan berzikir, Ambil barang dari alam bunian. Dan yang penulis tengok sendiri. Abang sepupu sebelah isteri mengambil barang kepunyaan Sultan Melaka di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak dikawasan pertabalan Sultan Perak. Beliau mendapat 5 bilah keris dan peralatan istana. Semasa upacara diambil dibuat. Anak Sultan Perak yang dahulu sultan Idris berada bersama. 3 bilah keris di pulangkan kepada warisnya. 2 bilah keris disimpam oleh abang sepupu.
Sarung keris disalut dengan emas putih dan emas kuning yang nilai ditafsirkan oleh Muzium Negara sebanyak RM200 ribu. Dan sebilah keris lagi dengan hulu pemegang berkepala burung helang dan dimulutnya terdapat batu delima merah yang tak ternilainya. Barang-barang tembaga dan dulang yang diambil dari dalam air itu termasuk 5 bilah keris dengan cara meraba-raba didalam air yang keruh itu kononnya barang yang dibuang semasa anak Sultan Melaka yang terakhir tersangkut di Beting Beras Basah pada tahun 1500 – 1511 sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis . Tujuan dibuang peralatan tersebut ke dalam sungai bagi meneruskan perjalanan. Ini adalah kisah benar dalam sejarah Kesultanan Perak.
Banyak perkara yang misteri yang tidak terjawab dan tidak boleh diterima akal kerana rahsia-rahsia alam yang ghaib hanya dapat dijawab oleh mereka yang arif sahaja. Adalah lebih baik bagi kita menjejak kaki di alam realiti dari mencari alam ghaib kerana takut terpesong akidah.
Sebagai penulis yang ada pengalaman dengan alam ghaib sebelum ini. Memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin meneroka dan mencari alam ghaib usahlah diteruskan niat tersebut kerana kerja-kerja tersebut adalah membuang masa, duit dan tenaga. Hasilnya sifar!
Sekian wasallam.
Kononnya duit ini pun diambil dari alam ghaib.. serial nombornya special EP3333333.

Siri nombor macam ini kalau dilelong di Ebay..memang masyuk. Berharga. Dapatkan rahsia buat duit mudah di Internet di sini.
http://www.resepirahsiaku.com/
Elakkan Diri Dari Berhutang
0
Kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis hutang apabila kita sudah bekerja. Paling ‘famous’ sekali ialah hutang pinjaman kereta. Paling teruk belum bekerja lagi sudah dibebani dengan hutang. Iaitu pinjaman PTPTN.
Di sini saya ingin memberi sedikit tips bagaimana untuk mengelak daripada berhutang.
1- Jangan sesekali membeli barang secara ansuran jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak. Kadar faedah yang tinggi menyebabkan anda membayar harga yang lebih tinggi daripada harga asal.
2- Jangan suka berhutang pada benda remeh. Suka sangat berhutang dengan rakan-rakan. Anda hanya sedar apabila hutang yang sikit tadi telah menimbun. Pernah dengar ‘sikit-sikit menjadi bukit’?
3- Pertimbangkan hutang sebagai langkah terakhir. Pilih hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah dan fleksibel.
4- Jika anda rasa anda mempunyai sifat boros, jangan guna kad kredit! Ini akan memburukkan lagi keadaan.
5- Jika anda mengimpikan sesuatu, sediakan satu dana khas untuk tujuan tersebut. Beli apabila dana tersebut telah cukup.
Di Malaysia, kita tidak boleh lari dari hutang. Sekurang-kurangnya hutang pinjaman rumah.
Moral di sini ialah elakkan dari berhutang. Rancang kewangan anda sebaik mungkin dalam menghadapi kos hidup yang semakin tinggi sekarang!
DAPATKAN RAHSIA JUTAWAN LUARBIASA DI SINI.
Teknik Rahsia Bagaimana Seorang pemuda membeli 14 buah rumah terbongkar!
0Apa yang menarik pemuda ini masih makan gaji seperti biasa tanpa sebarang business dan telah merasai pendapatan pasif hasil dari kesemua rumah sewa hasil dari pembelian 14 buah rumah!
Ketahui rahsia bagaimana orang biasa menjadi luarbiasa dan mereka ini adalah dari golongan minoriti yang bijak menggunakan peluang yang ada di depan mata! dan ketahui rahsia bagaimana orang kaya menjadi bertambah kaya dengan menggunakan cara yang sama..
Kerana kami membocorkan suatu rahsia yang akan membolehkan anda menjana pasif income dan menjadi jutawan low-profile bermula dari sekarang…
Selepas ini bukan rahsia bagi anda lagi ..
Tak cukup duit untuk beli rumah ? sudah! anda perlu berhenti mengeluh tentang hal rumah sekarang dan mendengar apa yang ingin kami ceritakan di sini, Kerana kami akan memboloskan suatu rahsia besar yang tidak diketahui ramai dan dijangka mendatangkan pendapatan kepada anda selagi adanya rumah itu “tanpa perlu melakukan apa-apa kerja lain” atau mengeluarkan peluh!
Selepas ini anda akan mengetahui rahsia-rahsia yang disembunyikan oleh tuan rumah anda yang selama ini mungkin anda tidak tahu.
Teknik rahsia ini mahu disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu inilah yang membolehkan setengah-setengah “orang baru” menjana pendapatan jauh lebih banyak dari orang yang sudah lama berada dalam bidang hartanah, tetapi sesat dalam merealisasikan impian mereka.
Mungkin persoalan yang bermain difikiran anda:
* hanya orang kaya sahaja boleh beli banyak rumah..
* tiada ilmu langsung tentang hartanah
* tidak tahu bagaimana untuk bermula
* tidak mahu ambil tahu kerana rasakan diri tidak mampu
* takut untuk menghadiri kursus kerana yuran yang dikenakan terlalu mahal
* tidak ada masa untuk ke kursus
Kami membongkar Rahsia bagaimana cara untuk membeli banyak rumah hanya dengan modal sekali sahaja yang jarang diketahui dan memberi panduan kepada anda tidak kira anda bakal membeli sebuah rumah atau telah pun membeli sebuah rumah. Dapatkan Rahsia Hebat ini di sini.
7 Rahsia Buat Duit Dari Rumah
0Sahabat yang dihormati,
Pencarian buat duit anda berakhir disini…
Jika anda benar-benar serius untuk buat duit sambil goyang kaki dirumah, dan mahukan kerja sambilan sejam dua sehari tetapi boleh dapat RM100-500, anda mesti berikan perhatian sepenuhnya dengan apa yang bakal saya dedahkan disini.
Jika anda sudah bosan mencuba pelbagai kerja sambilan diinternet tapi baki akaun bank masih lagi ciput, anda bernasib baik kerana hidup anda pasti berubah selepas membaca langkah demi langkah rahsia saya buat duit dari rumah sehingga mencecah RM245,792 dalam masa setahun secara…PERCUMA! (Amaran! Untuk tempoh terhad sahaja!)
Bagaimana untuk mengelak daripada akaun PayPal anda disekat
0Hampir setiap hari beribu-ribu thread dibuka oleh webmaster di pelbagai forum membincangkan mengenai akaun Paypal yang disekat atau dikenakan akses terhad (limited access). Saya menggunakan akaun Paypal sejak empat tahun yang lalu dan akaun saya pernah disekat dua kali. Saya menghubungi perkhidmatan sokongan Paypal beberapa kali untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut, dan sebenarnya terdapat banyak sebab mengapa sesuatu akaun itu disekat oleh pihak Paypal.
Apabila akaun anda disekat, tidak ada cara lain yang boleh membantu anda melepaskan sekatan tersebut melainkan anda perlu menghantarkan dokumen-dokumen yang diminta oleh Paypal. Jadi adalah lebih baik bagi anda untuk menjaga akaun anda sebaik mungkin. Disini saya akan kongsikan beberapa perkara utama yang menyebabkan akaun Paypal anda disekat.
1. Akaun baru dan tidak disahkan (unverified)
Akaun baru, terutama sekali yang belum disahkan mudah untuk disekat selepas transaksi pertama. Jika akaun Paypal anda masih belum disahkan maka ia mempunyai peluang yang cukup tinggi untuk disekat, kerana akaun yang belum disahkan selalunya digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk aktiviti penipuan wang (money laundring). Paypal memantau akaun baru secara teliti, jadi adalah lebih baik untuk menggunakan butir-butir akaun yang betul semasa mendaftar agar anda dapat memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa akaun anda disekat.
Mengesahkan akaun anda adalah satu іԁеа yang terbaik. Apa yang anda perlukan ialah kad kredit yang sah. Kad kredit Maya (Virtual Credit Card atau VCC) juga boleh digunakan untuk pengesahan namun anda perlu mempunyai akses ke dalam penyata akaun VCC tersebut (account statement) supaya anda boleh memberi salinan penyata akaun tersebut kepada pihak Paypal sekiranya akaun Paypal anda disekat.
Cara untuk mengesahkan akaun Paypal tidak begitu payah. Terdapat dua proses pengesahan yang mana anda perlu melakukan kedua-duanya. Pertama ialah anda perlu mendaftar nombor telefon bagi membolehkan pihak Paypal menghubungi anda. Selepas nombor telefon anda didaftarkan, anda akan terus dihubungi oleh pihak Paypal, dan mereka akan memberikan 4 digit kod, yang mana anda akan menggunakan 4 digit kod tersebut untuk membuat pengesahan dalam akaun Paypal anda.
Kedua ialah pengesahan kad kredit. Anda perlu daftarkan kad kredit anda dalam akaun Paypal anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, penggunaan VCC boleh dijadikan alternatif jika anda tidak memiliki kad kredit sebenar. Pastikan anda mempunyai akses kepada penyata akaun VCC tersebut.
Selepas kad kredit anda didaftarkan, Paypal akan mengenakan sejumlah kecil bayaran (sekitar $0.10-$0.90) bagi membolehkan kad kredit anda merekod 4 digit kod yang akan terpapar pada penyata akaun kad kredit anda nanti. Isikan 4 digit kod tersebut untuk mengesahkan akaun Paypal anda. Selesai. Akaun Paypal anda kini selamat untuk digunakan.
Kesimpulannya, anda memerlukan dua set kod 4 digit untuk pengesahan akaun Paypal. Satu anda akan mendapatkannya melalui telefon, dan satu lagi melalui penyata akaun kad kredit anda. Kedua-dua set 4 digit kod tersebut perlu diisikan pada ruang pengesahan akaun Paypal anda.
Pengesahan akaun Paypal amat penting kerana jika anda tidak mengesahkan akaun anda, PayPal mungkin akan menyangka anda sedang melakukan aktivti penipuan.
2. Menggunakan proxy dan pelbagai IP
Mengakses akaun Premium atau Persendirian anda dari pelbagai alamat IP atau dari Proxy akan menyebabkan akaun anda disekat. Akaun Paypal Premium dan akaun Paypal Personal adalah untuk penggunaan transaksi persendirian atau individu. Manakala untuk transaksi perniagaan, dapatkan akaun Paypal Business.
3. Mengakses akaun PayPal dari telefon bimbit
Jangan gunakan browser telefon anda untuk mengakses secara terus ke https://paypal.com. Sebaliknya gunakan https://mobile.paypal.com. Tetapi sebelum itu, anda perlu mengaktifkan akaun PayPal Mobile pada telefon bimbit anda. Layari Paypal Mobile untuk maklumat lebih lanjut. Meskipun anda menggunakan browser seperti Opera mini atau Teashark, ianya juga turut berisiko kerana kedua-duanya menggunakan proxy server semasa melayari internet.
4. Jumlah pengeluaran wang
Hadkan jumlah pengeluaran wang pertama anda kepada jumlah yang kecil lebih-lebih lagi jika anda mempunyai akaun yang belum disahkan. Pengeluaran dengan jumlah yang besar dari akaun baru akan menyebabkan ianya kelihatan seperti satu penipuan kepada Paypal; jadi hadkan jumlah pengeluaran pertama kepada jumlah seperti $100 ke bawah dan tambahkan jumlah secara perlahan-lahan.
5. Maklumat akaun
Jangan terlalu kerap menukar maklumat akaun anda. Biarkan segala maklumat anda seperti sedia ada dan pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk membuktikan maklumat tersebut ialah milik anda. Gambar berserta kad pengenalan yang tertera alamat atau bil-bil yang mempunyai nama dan alamat anda sudah memadai.
6. Jumlah “dispute” (perselisihan)
Jika terdapat kes perselisihan pada akaun Paypal anda, seperti penjual tidak menerima bayaran dari anda, pembeli meminta refund, atau apa sahaja masalah yang melibatkan akaun Paypal anda, cuba selesaikan secepat mungkin . Jika akaun Paypal anda mempunyai terlalu banyak kes aduan atau perselisihan dalam satu-satu masa, kebarangkalian akaun anda disekat adalah sangat tinggi.
7. Berurusan dengan jumlah wang yang besar
Jika anda berurusan dengan sejumlah wang yang besar seperti 1000USD, anda disarankan untuk membahagikan jumlah tersebut kepada satu jumlah yang kecil untuk proses penerimaan dan pengeluaran. Adalah lebih baik jika anda sentiasa mengecilkan jumlah pembayaran anda kepada bayaran bawah 500USD. Dan juga jangan cuba untuk mengeluarkan keseluruhan jumlah wang yang anda terima dengan segera.
Walaupun setelah anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan diatas namun akaun anda tetap juga disekat oleh pihak Paypal, jangan bazirkan masa anda dengan menghantar email kepada mereka seperti “PAYPAL B*D*H” atau membuka thread forum seperti “PAYPAL PEMBOHONG DAN PENIPU”.
Ikutilah prosedur-prosedur yang betul untuk melepaskan sekatan tersebut. Emailkan kepada mereka dokumen-dokumen yang diperlukan. Selepas Paypal menerima semua dokumen-dokumen tersebut, akaun anda akan boleh diakses semula selepas 48 jam. Penulis – Amzani Mokhtar
Buat Duit Dengan Ikan Keli.. Berbaloi!
0Salam,
Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan ternak ikan keli yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membuat kolam atau sekurang-kurangnya meletakkan kolam kanvas di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM2000 ke atas sebulan? Inikan pula jika anda melakukannya secara serius dan sepenuh masa!
Anda tentu sudah biasa membeli ikan keli pasar-pasar dengan harga RM4.00 hingga ke RM5.00 sekilo. Tahukah anda, kos ikan keli tersebut amatlah murah berbanding dengan kos ikan-ikan lain? Ini membuka peluang yang luas untuk anda menceburi bidang penternakkannya kerana keluarannya yang sedikit berbanding permintaan. Tambahan pula, isu produk keluaran halal juga amat ditekankan dan telah menjadi kesedaran umum. Jika anda membina kolam ternakan sendiri dan menjualnya, sudah semestinya keuntungan yang melipatganda bakal menanti anda.
Untuk pengetahuan anda, ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik. Sekarang ini ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersialkan. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.
Untuk menjadikan ternakan ikan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang-kurangnya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Kini ikan keli hanya diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.
Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Untuk lebih info sila ke Buat Duit Dengan Ikan Keli. Berbaloi!
Ebay Membaham Akaun Anda…
0Mungkin agak rakus bunyinya tajuk artikel kali ini.
Hari demi hari perniagaan online di pusat membeli belah terbesar dunia iaitu Ebay semakin ketat. Semakin banyak rules yang pelik dikeluarkan bagi penjual. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana banyak rungutan dari pengiat-pengiat Ebay yang menyatakan akaun mereka disuspenkan sejurus mereka listing produk-produk mereka. Tidak seperti tahun 2009 dan 2010 rules di Ebay masih lagi ringan ketika itu dan ramai yang boleh buat duit sehingga 5k – 10k sebulan.
Itu dulu, kini hanya akaun-akuan yang telah berstatus otai atau lebih dari 2 tahun dan maintaian DSR yang baik sahaja yang boleh meneruskan pelayaran mereka. Akaun yang sudah cukup umur pun boleh kantoi dengan tidak semena-mena. Sο bagaimanakah jalan untuk meminimumkan masalah ini supaya pihak ebay tidak boleh sewenang-wenangnya membaham akaun anda? Bersambung..
Rentetan daripada penggunaan multiple account yang berleluasa pada ketika itu maka makin peninglah Ebay dibuatnya. Selepas itu apa-apa saja account baru yang menggunakan DC yang kurang dari setahun telah habis dibaham oleh sang Ebay. Keadaan ini membuatkan pengiat-pengiat ebay tersentak dan terlopong seketika kerana dek pembasmian account jenis ini.
Namun jika difikirkan kembali memang tindakan Ebay adalah betul kerana untuk menghalang pengiat2 ebay yang menggunakan cara Hit & Rυn kepada account2 mereka. Cara ini adalah amat tidak bermoral dan haram kerana duit diambil tapi barang tak dihantar. Dalam perniagaan offline sekali pun jika wang diambil dan barang tidak diberi bermaksud salah dan haram hukumnya.
Pokok pangkalnya semua bermula dari hati. Jika kita memang dari awal-awal lagi hendak buat Multiple account untuk tujuan yang tidak baik maka begitulah balasannya.
Maka marilah kita sama-sama kembali mencari pendapatan yang halal untuk kita dan keluarga. Biar sikit tapi bersih dari banyak tapi tak nampak.
Sifubiz.com
Asas bisnes online dan offline yang paling penting. Tanpanya sukar menjual.
0Semenjak memulakan biznes internet ini, saya dapati ramai yang berminat berniaga. Ramai nak buat biznes online atau offline. Semua berlumba-lumba mendapatkan panduan, tips dan rahsia untuk buat duit. Dengan harapan mendapat pulangan lumayan. Malangnya ramai yang kecewa. Dan ramai yang gagal.
Jika anda pernah gagal. Pernah buat silap. Jangan berputus asa. Semua orang bermula dengan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Begitu juga dengan ramai peniaga lain. Dari sinilah kita belajar erti sebenarsebuah perniagaan. Dan erti sebenar sebuah kejayaan. InsyaAllah.
Dalam bisnes online saya dapati ramai yang mengatakan trafik atau pelawat adalah nadi utama bisnes online. Dan ramai berkerja keras mencari pelawat atau trafik samaada berbayar atau percuma. Benarkah trafik adalah segala-galanya? Bagaimana jika jutaan pelawat masuk ke laman web anda. Baca-baca dan tinggalkan laman web anda tanpa membeli produk anda. Tanpa mengisi borang opt іn. Tanpa klik apa-apa link anda.
Begitu juga dengan perniagaan offline. Anda pasang signboard sebesar gajah . Hantar flyer. Buat pelbagai jenis promosi. Ratusan orang datang ke kedai anda.. Tengok-tengok dan beredar. Tanpa membuat sebarang pembelian. Tak ke tension dibuatnya.
Disini saya ingin berkongsi salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan iaitu kepercayaan pelangan. Bagaimana membina kepercayaan pelangan yang menghasilkan jualan. Anda tidak akan mampu menjual selagi pelangan merasakan anda seorang penipu. Sukar menjual sekiranya pelangan masih ragu-ragu tentang diri anda, produk anda dan perniagaaan anda. Samada online atau offline, konsepnya tetap sama. Inilah asas perniagaan samada bisnes online atau offline yang paling penting.
Kita cerita tentang bisnes offline terlebih dahulu.
Semasa saya berkerja dulu. Saya dan kawan saya ke sebuah kedai makan. Dari jauh dia tengok kedai makan tu “Hairul, kita makan tempat lain la”… Heran juga saya “Laaa kenapa pulak nie”.. Rupanya, sahabat saya ini pernah mengalami cirit birit disebabkan makanan tercemar. Memang menyakitkan kalau kena cirit birit ini. Ini menyebabkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan untuk makan ditempat sebarangan.
JIka anda berniaga makanan, pastikan kedai anda benar-benar bersih. Kebersihan memberi satu kepercayaan kepada pelangan yang makanan anda selamat dimakan. Ini sebagai satu contoh membina kepercayaan pelangan. Dua aspek yang paling penting di sini. Pertama, kenal pasti apakah kebimbangan pelangan terhadap perniagaan anda. Kedua bagaimana mengatasinya secara langsung dan tidak langsung dan seterusnya membina kepercayaan atau keyakinan pelangan.
Tentu anda biasa didatangi penjual ke rumah anda. .. tuk.. tuk.. tuk… Bila buka pintu je.. “Assalamualaikum bang, saya jual keropok lekor bla..bla..bla….” Kita pun terperanjat dibuatnya. “Apa.. jual apa… arrr… tak pe lah… tak berminat” Kita pun risau nak beli atau tengok.. ntah penyamun ker… ntah elok ke tidak keropok lekornya.. ntah saper… kita pun tak kenal.
Tetapi sekiranya peniaga tersebut menghantar flyer (surat promosi) terlebih dahulu yang berbunyi “Kami dari syarikat Star Creative Food Center akan membuat promosi dari rumah ke rumah jualan keropok lekor asli Terengganu dengan sos cili udang perisa durian. Wow. Dibawakan terus kerumah anda esok dengan harga promosi..bla..bla..bla..”.. Barulah bila.. Tuk.. Tuk… tuk… Pelangan buka pintu pintu je “Nie yang jual keropok lekor terengganu tu ker, apasal lambat sampai nie.. dari pagi makcik tunggu taw.. bla..bla..blaa..” Belum bukak mulut dah kena tibai..hе.hе.hе.. Barulah pembeli berminat nak tengok produk anda dan cuba. Tapi pastikan betul-betul sedap, kalo tak naya kena betul-betul tibai nanti.
Begitu juga dengan perniagaan lain. Jika anda penjual baju. Fikirkanlah apakah kebimbangan pelangan untuk datang ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan untuk masuk ke kedai baju anda.
Apakah kebimbangan pelangan dalam memilih dan membuat pembelian. Tentu anda lebih arif tentang perniagaan anda. Dengan mengenal pasti kebimbangan pelangan, anda mampu mencari jalan terbaik menghilangkan kebimbangan ini dan membina kepercayaan atau keyakinan pelangan anda. Barulah boleh menghasilkan jualan.
Begitu juga dengan bisnes online. Hairul.com
3 Punca Kegagalan Perniagaan Internet – Buat Duit Online
0Assalamualaikum dan salam ceria semua,
Irfan Khairi, jutawan internet muda yang tersohor menyatakan, bahawa kos untuk memulakan perniagaan internet adalah serendah RM500. Namun, kos yang rendah tidak bermakna kita akan mempunyai risiko kegagalan yang rendah.
Ini jelas membuktikan bahawa perniagaan internet tidak boleh dipandang mudah. Nama-nama yang disebutkan di atas merupakan nama individu. Syarikat besar yang bernilai ratusan juta dolar juga tidak terlepas daripada mengalami kegagalan dalam perniagaan internet.
Gο.com dan Boo.com Lesap Sekelip Mata
Berdasarkan buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, oleh Irfan Khairi, beliau menyatakan bahawa Gο.com dan Boo.com merupakan syarikat perniagaan internet, yang mengalami kegagalan besar.
Ini kerana, wang pelaburan yang bernilai lebih daripada jutaan ringgit sudah lesap, tanpa mengetahui punca yang sebenarnya.
Menurut Irfan Khairi, kegagalan syarikat-syarikat besar tersebut adalah berpunca daripada:
Jika kita lihat pada keadaan sekeliling, hanya segelintir individu sahaja yang berjaya dalam perniagaan internet mereka. Antaranya adalah Gero Azrul, Muaz Hadi, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari dan Ammar Zahar. Mereka ini merupakan usahawan internet yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Punca Kegagalan #1 – Pemasaran Emel Tidak Diutamakan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pelawat akan bertukar menjadi pembeli, selepas mereka melihat laman web kita lebih daripada 7 kali. Ini bermakna, kemungkinan untuk pelawat menjadi pembeli di saat pertama kali mereka memasuki laman web kita, adalah tipis.
Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian pelawat, supaya mereka rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang kita tawarkan.
Strategi terbaik yang boleh kita gunakan, adalah menerusi pemasaran emel. Kajian di WebProNews.com mendapati, hampir 90% perniagaan di internet terus kekal berjaya menjana sehingga jutaan ringgit setiap tahun, kerana mereka menggunakan pemasaran emel, sebagai senjata utama pemasaran mereka.
Punca Kegagalan #2 – Tidak ‘Outsource’ Kemahiran Lain
Bayangkan jika Google hanya diteruskan oleh dua orang individu sahaja hari ini, iaitu Larry Page dan Sergey Brin, pasti syarikat mereka akan terus tenggelam. Ini kerana, untuk membina perniagaan internet, kita perlu tahu bila masa yang sesuai, untuk melakukan ‘outsource’, yakni menyerahkan tugas yang bukan dalam bidang kepakaran kita, kepada orang yang lebih arif.
Apabila kita outsource, maka kita dapat mengurangkan beban kerja yang tidak diperlukan, seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain yang lebih produktif, agar perniagaan internet kita lebih lancar.
Punca Kegagalan #3 – Salah Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan
Menurut Puan Ainon, chairman syarikat PTS, asas bisnes adalah menjual apa yang pelanggan kita mahukan, bukan apa yang kita mahu jual pada pelanggan.
Ini kerana duit terletak di tangan pelanggan kita. Oleh itu, kita perlu pastikan bahawa produk dan servis yang kita mahu jual, bertepatan dengan kehendak pelanggan.
95% Punca kegagalan internet adalah kesilapan memilih produk dan servis untuk diniagakan di internet. Jadi, pastikan kita melakukan kajian terlebih dahulu, bagi mengenalpasti kehendak pelanggan.
Kemudian, cari produk untuk dijual kepada mereka. Ini adalah peraturan bisnes, kita jual apa yang mereka mahu.
Artikel oleh Saudara Aqif Azizan
Buat Duit Online dengan Pakar Affiliate
0Mahukah anda jika saya tunjukkan cara buat duit online dengan cara Pakar Affiliate? Tiada іԁеа untuk cipta produk sendiri? Jangan anda gusar. Anda tidak perlukan produk sendiri jika mahu buat jualan di internet. Bagaimana caranya.. mudah dan pantas? Untuk pengetahuan anda teknik ini dapat menjana lebih RM14,000 dalam masa yang singkat. Hebat tu!
Ya! Kebuntuan anda kerana tidak memiliki produk sendiri untuk dijual akan berakhir di sini. Mengapa? Kerana saya akan bantu anda untuk memulakan perniagaan internet tanpa perlu memiliki produk sendiri. Dan saya akan tunjukkan satu model perniagaan yang mudah, di mana anda hanya perlu menjualkan produk orang lain sahaja! Bagaimana plak tu? Teruskan bacaan anda…
Ramai yang diluar sana tidak begitu bernasib baik seperti anda kerana mereka tidak bertemu seperti mana kita bertemu hari ini. Mereka tidak tahu langsung tentang peluang-peluang yang boleh mereka manfaatkan untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan melalui internet.
Dan, terlanjur anda dah sampai di sini, saya ingin nasihatkan supaya anda fokus dan baca setiap patah perkataan di bawah ini bagi memudahkan proses penerangan saya kepada anda. Bagaimana anda boleh Jana Income melalui internet, walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, dan sekali gus anda tak perlu dah nak fikir-fikir cara menghasilkan produk, mengupah designer untuk website anda, mengupah orang untuk menulis surat jualan website anda, bahkan anda tak perlu pening-pening melayan karenah pelanggan yang pelbagai ragam..!
Masih tak Percaya?
FAKTA: “…di luar sana, sudah ramai yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan hanya dengan mempromosikan produk orang lain sahaja. Ini kerana, ia suatu model bisnes yang mudah, pantas & menguntungkan…”
Tapi hakikatnya, di saat mereka bergembira dengan pendapatan sampingan tersebut, terdapat ramai lagi yang masih belum berjaya menghasilkan walau RM1 di internet. Bahkan masih tercari-cari apakah model bisnes yang sesuai dilakukan dengan modal yang paling minimum, ataupun dengan ZERO cost!
Justeru, mahukah jika saya perkenalkan kepada anda Model Bisnes yang Mudah, Pantas & menguntungkan ini? Jangan berlengah lagi terus klik di bawah ini. Tak rugi.












Komen Terkini