8 Tips Meningkatkan Jualan Produk Anda Di Internet

sales

Umum mengetahui, aspek memasarkan dan menjual produk amat penting dalam sesuatu perniagaan tidak kiralah samada perniagaan itu di lakukan secara offline atau online. Mungkin ada yang berfikir menjual dan memasarkan produk adalah benda yang sama dan tiada bezanya. Walaupun mereka berada dalam kumpulan yang sama, kedua-duanya masih lagi ada sedikit perbezaan.

Dalam artikel-artikel sebelum ini, anda selalu di dedahkan dengan pelbagai teknik pemasaran tidak kiralah ia di kupas secara umum atau secara spesifik. Antara artikel yang berkaitan dengan pemasaran online yang boleh anda baca di blog wangcyber ini ialah :

5 Teknik Pemasaran Internet Yang Akan Letupkan Sales Tahun 2015

Ini artikel mempromosi program affiliate :

4 Cara Promosi Affiliate Link Tanpa Kos

Ini pula tips untuk memasarkan blog :

10 Tips Pemasaran Blog Bahagian 1

10 Tips Pemasaran Blog Bahagian 2

Jika anda lihat, semua artikel di atas memberi anda tips bagaimana untuk menarik trafik ke website jualan, blog atau pun menarik orang ramai untuk melihat apa yang anda dapat tawarkan kepada mereka. Ini bermaksud, sebelum berlakunya jualan, berlakunya terlebih dahulu proses pemasaran.

11

Selepas proses pemasaran, barulah berlaku proses jualan. Tahukah anda bahawa ramai IM di luar sana walaupun mereka berjaya melakukan kerja pemasaran dengan membawa banyak trafik dan meraih publisiti, tetapi kadar jualan yang berlaku tidak banyak. Maksudnya jumlah % yang convert dari pembeli kepada pelanggan tidak begitu tinggi. Hal ini agak mendukacitakan.

Oleh sebab itu, dalam artikel ini, saya mahu berkongsi dengan anda beberapa tips bagaimana untuk menjadi jurujual online yang sukses :

Tips 1 : Ayat Yang Menyentap Emosi

Ini antara perkara paling utama yang pernah di tekankan oleh seorang ahli copywriter yang pernah saya belajar dari beliau. Katanya, kebanyakan IM yang mempunyai website yang mampu convert dari pelawat kepada pembeli ialah kerana mereka tahu bagaimana untuk menangkap emosi pembeli ketika menulis surat jualan terutamannya ketika menjual ebook online.

Bagaimana ayat yang anda tulis boleh menarik hati mereka?

Mudah. Anda faham bagaimana keadaan mereka. Sebagai contoh, anda mungkin merupakan seorang ejen insuran takaful yang mahu menawarkan insurance takaful kepada orang ramai di internet. Untuk menangkap emosi mereka supaya tertarik dengan apa yang anda tawarkan, fahami emosi dan keadaan mereka dahulu. Sebutkan beberapa situasi yang mungkin akan membuat mereka setuju dengan anda. Contoh, simpanan semasa mereka mungkin tidak sampai RM20,000, mereka tiada panel dan tiada harta untuk membuat bayaran jika berlaku insiden sakit teruk yang memerlukan rawatan tinggi.

Siapa yang akan membantu mereka jika mereka dalam situasi ini. Penyelesaiannya……? Insurance ! Apa-apa ayat yang boleh menyentuh emosi pelanggan, masukkan sahaja ke dalam surat jualan anda.

Tips 2 : Senaraikan Masalah

Tips 2 ini adalah kesinambungan kepda tips nombor 1. Dengan adanya senarai pada tips nombor 2 ini, ia akan menghidupkan saranan dalam tips nombor satu di atas.

Sebelum anda mahu memperkenalkan produk anda, senaraikan terlebih dahulu pelbagai masalah yang mungkin dilalui oleh orang ramai. Sebagai contoh, jika anda memasarkan ebook berkaitan dengan panduan facebook ads, bagaimana anda mahu menulis surat jualan yang berkesan?

Caranya, senaraikan beberapa masalah seperti berikut :

A ) Adakah anda sukar untuk memasarkan produk anda di laman facebook?

B ) Adakah anda tiada idea bagaimana mahu set up facebook ads untuk mendapatkan nilai CPC yang rendah?

C ) Adakah anda sudah mencipta banyak kempen facebook ads untuk produk anda tetapi malangnya tiada siapa pun berminat untuk membeli?

Mereka yang berminat untuk belajar dengan lebih lanjut tentang facebook ads pasti akan terangguk-angguk kepalanya apabila melihat dan membaca senarai masalah yang anda listkan. Jika ayat awal anda sudahpun dapat menarik perhatian mereka, maka kadar % untuk mereka untuk terus scroll website anda untuk lihat dengan lebih lanjut tentang tawaran anda adalah lebih tinggi.

Apakah kelebihan lain yang ada apabila anda menyenaraikan masalah dalam laman jualan anda? Dengan cara ini, anda dapat membantu para pembeli untuk lebih faham tentang produk anda. Sebelum mereka bertanya, adakah tawaran anda dapat membantu mereka untuk menyelesaikan hal itu dan ini, anda sudah pun lebih cepat bertindak dengan memaklumkan kepada mereka kelebihan produk anda.

Pastikan senarai masalah di tulis dalam bentuk point jika ia lebih dari 3. Jika anda boleh menulis masalah dalam bentuk cerita, itu juga amat bagus kerana ia boleh mengikat hati dan emosi pembeli dengan lebih cepat.

Tips 3 : Senaraikan Fungsi dan Kelebihan

Setelah anda menyenaraikan semua masalah yang berkemungkinan di lalui oleh pembeli, selepas itu mulakan menulis tentang senarai fungsi dan kelebihan produk anda. Seperti contoh anda, jika ia berkaitan dengan ebook facebook ads, maklumkan apakah fungsi modul facebook ads yang anda ada. Mungkin method yang anda sampaikan boleh :

A ) Membimbing ramai orang untuk menggunakan facebook ads dengan efektif

B ) Anda mengajarkan mereka teknik untuk mendapat CPC yang amat rendah

C ) Mereka dapat ilmu baru agar iklan di approve dengan kadar yang segera

D ) Mereka boleh mengaplikasikan semua kerja antara pembinaan iklan yang aktif, berkesan dengan kos yang menjimatkan.

Bagaimana pula dengan kelebihan produk anda berbanding yang lain? Anda mungkin boleh senaraikan kelebihan lain yang sangat mereka perlukan :

A ) Anda memberi support melalui emel. Bukan itu sahaja, mereka akan di masukkan ke private forum, private group dan support melalui skype

B ) Mereka akan mendapat lifetime update dengan sekali bayaran.

C ) Method pembelajaran pula akan di ajar dalam bentuk rakaman video dan juga bahan tambahan dalam bentuk PDF support dan lain-lain.

Dengan membuat senarai fungsi dan kelebihan rpduk seperti ini, mereka akan dapat melihat kelainan produk anda berbanding orang lain. Yang terbaik, anda letak screen shot lampiran ebook anda.

Jika ia adalah produk fizikal, anda boleh letak beberapa gambar produk anda dari pelbagai sudut.

Tips 4 : Gunakan Gambar Sebelum dan Selepas

Gambar sebelum dan selepas sangat-sangat memberi impak kepada orang ramai. Cara menjual sebegini anda boleh praktikkan untuk produk-produk kecantikan, produk pencuci, dan sebagainya.

Kenapa gambar sebelum dan selepas sangat berkesan ketika anda mahu menjual di website atau facebook wall anda? Mudah nak tahu kenapa.

Ini kerana psikologi pembeli dalam memikirkan bahawa produk anda bagus dan berkesan dan mereka akan faham dan tahu bahawa apa yang anda tawarkan sudah ada yang mencuba dan ia sememangnya berkesan. Gambar sebelum dan selepas bagaikan satu kerja yang mudah sebagai penjual seolah-olah anda dapat menjimatkan banyak perkataan dalam proses menjual.

Ini kerana, sebanyak mana anda bercakap tentang kelebihan dan fungsi produk anda yang dapat membantu semua masalah mereka, hujungnya pasti ada di antara mereka yang akan bertanya, “Dah ada orang beli dari Encik?”….. “Pembeli sebelum ini macam mana respond? Ok tak?”

Tips 5 : Gunakan Video

Hari ini ramai  yang suka tonton video. Jika anda dapat lihat, ramai IM luar yang menggunakan rakaman video sendiri ketika mahu membuat jualan.

Mereka akan bercakap secara direct di video dan terus bercakap mengenai senarai masalah dan apa yang mereka boleh tawarkan agar semua masalah anda itu dapat di atasi.

Penyampaian melalui video juga dapat meningkatkan keyakinan pembeli untuk membeli dari anda kerana anda di lihat seperti seorang yang serius dan pro dalam bisnes anda.

Dengan cara ini, kadar jualan anda untuk sukses akan berlaku dengan lebih tinggi. Rakaman video juga dapat di gunakan apabila anda mahu menjual produk fizikal seperti kereta sorong bayi, quran digital dan lain-lain. Buat rakaman tutorial menggunakan alat tersebut dan upload di website jualan anda. Lihat bagaimana Go Shop dapat mencatat jualan demi jualan. Mereka amat bagus dalam menerangkan cara penggunaan produk melalui rakaman video.

Tips 6 : Testimoni

Seperti yang saya katakan di atas, permintaan orang ramai untuk melihat feedback produk anda pasti akan ada. Oleh itu, letakkan testimoni terkini para pembeli yang sebelumnya. Cara yang bagus ialah sebelum anda lancarkan produk anda, cari beberapa individu yang boleh test produk anda terlebih dahulu. Jika ia berkaitan dengan rawatan jerawat, minta seseorang yang mahu menggunakannya dan jadikan beliau sebagai testimoni.

Apa bezanya dengan tips 6 ini dengan tips 5 di atas?

Tips 5 di atas menggunakan gambar sebagai highlight utama. Testimoni pula adalah mix antara gambar dan juga ayat-ayat yang di tulis sendiri oleh mereka yang sudah mencuba produk anda.

Tips 7 : Beri Respond Apabila Di Tanya

Ini adalah antara apa yang suka di lakukan oleh orang ramai sebelum membeli. Mereka akan tetap bertanya apa-apa soalan kepada anda walaupun jawapannya sudah ada di dalam laman jualan.

Tidak mengapa. Itu adalah perkara biasa yang berlaku. Untuk menjadi jurujual yang sukses, anda perlu rajin melayan setiap persoalan. Respon kepada mereka selewat-lewatnya dalam tempoh 24-48 jam.

Dengan cara ini, mereka akan tahu anda sememangnya serius untuk berniaga dan awas! Jika tiada respon dari anda, mereka akan menganggap anda sebagai scammer yang mahu mengaut untung dengan menggunakan surat jualan palsu semata-mata.

Tips 8 : Elemen “Limited” 

Apa lagi yang anda boleh tambah dalam ayat jualan anda agar orang ramai membeli dari anda? Setelah anda mengenal pasti masalah mereka dan menawarkan pelbagai pertolongan, letakkan juga elemen terhad.

Katakanlah anda mempunyai produk rawatan resdung. Orang ramai juga yakin dengan setiap ayat yang anda tulis termasuklah testimoni dari pengguna-pengguna sebelum ini. Namun begitu, ada ramai di kalangan pembeli liat dalam membeli.

Oleh itu, anda boleh masukkan elemen limited dalam ayat jualan anda. Contohnya, tawaran ini akan di buka kepada 30 orang yang pertama dan selepas itu harga akan di naikkan. Ini adalah antara tawaran berbentuk “Limited” yang akan membuatkan orang ramai mahu mempercepatkan proses bayaran.

Penutup

Saya berharap ada antara tips di atas dapat membantu anda dalam menulis ayat jualan yang mampu “menjual”. Alangkah ruginya apabila anda sudah bertungkus-lumus menarik beribu-ribu traik dan ramai orang untuk melihat produk anda. Namun sayangnya tidak sampai 10% di kalangan mereka yang mahu mengambil peluang itu disebabkan tidak yakin dengan setiap ayat yang anda sampaikan.

Mungkin sahaja anda sememangnya mempunyai produk yang berkualiti namun apabila website anda tidak mampu untuk “menjual”, maka kerja pemasaran yang di lakukan seperti sia-sia.

Jadi, selain daripada berusaha menjadi seorang pemasar internet yang sukses, anda juga perlu berusaha untuk menjadi jurujual yang berjaya meraih jualan. Selamat maju jaya :D

Leave a Comment

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.