7 Tips Mudah Berniaga Melalui Fanpage

fb-bsnss-e1431267143625-700x444

Melihat ramai orang di sekeliling berniaga melalui fanpage, pasti anda juga cemburu mahukan bisnes online yang sama. Anda dapat lihat, ramai suri rumah, pelajar IPT, malah mak cik-mak cik yang berusia 50 tahun pun boleh buat bisnes melalui fanpage.

Jadi, kenapa tidak anda juga menggunakan fanpage untuk menjana pendapatan?

Jika anda tiada idea apa yang mahu di jual, tidak tahu langkah demi langkah untuk bermula, maka artikel ini di tulis untuk membantu anda mendapatkan idea awal bagaimana mahu berniaga melalui fanpage.

Jadi, tanpa berlengah kita lihat antara perkara yang perlu anda lakukan :

Tips 1 : Pilih Produk Yang Mempunyai Pasaran Yang Luas

Mungkin sesuatu produk itu mempunyai persaingannya yang tersendiri. Namun percayalah jika produk tersebut mempunyai market yang sangat luas, maka insyaALlah anda boleh menjual ia dengan baik jika kena pada caranya.

Oleh itu, pilih produk yang mempunyai market yang besar untuk anda promosikan di laman facebook fanpage. Ada idea?

Lihat apa yang sangat laku di facebook. Ini saya berikan beberapa idea buat anda. Jika mengikut kajian dan nasihat yang pernah di berikan oleh seorang otai, katanya pilih produk yang ada kaitan dengan perempuan. Saya tidak nafikan yang memberi nasihat ini pun merupakan seorang jutawan yang menjual produk untuk orang perempuan walaupun sebenarnya dia seorang lelaki 😀

Menurut beliau, jika anda memilih produk yang mana rata-rata pembelinya adalah wanita, maka anda akan mudah mendapat jualan. Ini kerana rata-rata pembeli di internet terutamanya di facebook, mengikut pengalaman beliau, adalah lebih ramai wanita. Sebagai contoh, jika anda menjual produk untuk menghilangkan jerawat, walaupun masalah ini berlaku kepada lelaki dan wanita, namun kaum wanita yang akan lebih ramai menjadi pembeli.

Ibaratnya jika anda promosikan produk tersebut kepada 10 orang lelaki, mungkin 4 atau 5 akan membeli, jika anda promosikan kepada wanita, mungkin hanya seorang sahaja yang tidak beli. Well, orang perempuan memang suka shopping, itu semua orang tahu kan? 😀

Antara produk lain yang boleh anda jual ialah produk berkaitan dengan bayi, pakaian, atau pun buku. Buku pun boleh?

Ya, boleh.

Saya sendiri pernah membeli sebuah buku islamik dari sebuah fanpage di facebook. Anda juga boleh lihat fanpage yang menjual gajet dan juga alat computer tetap mendapat sambutan. Jika di ikutkan, apa yang anda mahu jual insyaAllah pasti akan sukses asalkan anda menggunakan pemasaran yang betul dan cara anda respon kepada pelanggan juga berkesan.

Tips 2 : Guna Nama Fanpage Yang Sesuai

Nama fanpage juga memainkan peranan untuk menjenamakan lagi bisnes anda. Jika anda ada jenama tertentu, namakan juga mengikut produk. Sebagai contoh ya, jika anda menjual pakaian bayi, anda mungkin boleh menamakan bisnes anda dengan nama Baju Bayi Rozana. Rozana itu adalah nama anda dan Baju bayi merujuk kepada produk anda.

Meletakkan nama produk pada nama fanpage juga dapat menarik orang ramai dengan lebih mudah berbanding anda meletakkan nama fanpage anda seperti Kedai Rozana. Kedai Rozana mungkin merujuk kepada jual kerepek atau kasut atau ubat, mungkin?

Untuk jangka masa panjang, insyaAllah fanpage anda juga dapat berada di page depan carian google untuk keyword baju bayi. Ini adalah cadangan buat anda yang mahu memilih nama fanpage. Begitu juga jika anda jual buku, contoh buku islamik. Anda boleh gunakan naam fanpage Kedai Buku Islamik untuk page anda. 😀

Tips 3 : Lengkapkan Profile Fanpage

Usah biarkan fanpage kelihatan sangat usang tanpa di tambah profile picture atau header page. Jadikan ia sebuah kedai online yang unik dan menarik dari segi paparan design.

Oleh itu gunakan profile picture yang unik, header timeline yang menarik serta lengkapkan juga ruangan about di fanpage anda. Jika anda menjual baju bayi, anda mungkin boleh menggunakan gambar seorang bayi sebagai profile picture.

Di luar sana juga terdapat banyak servis yang menyediakan tawaran khidmat design timeline facebook. Anda boleh cari di fiverr sebagai contoh. Saya lihat ada ramai designer di laman web fiverr yang mampu menyediakan design timeline dengan hasil yang sangat unik dan cantik. Oleh itu, usah takut untuk laburkan duit sekitar USD 5 bagi mendapatkan timeline yang unik.

Timeline yang unik juga dapat menarik perhatian dan kepercayaan pembeli untuk membeli dengan anda berbanding anda meninggalkan timeline itu default tanpa apa-apa tambahan.

Di ruangan about juga, masukkan tentang diri anda seperti di mana anda melakukan kerja  anda seperti dari rumah anda di Bangi ke atau anda punya kedai kecil di Shah Alam ke?. Masukkan juga emel anda, nombor telefon yang mungkin boleh di hubungi terus tanpa menghantar private message.

Jika anda ada website khusus seperti blog, anda juga boleh masukkan di ruang about.

Dengan profile yang lengkap juga, anda dapat membina keyakinan orang ramai untuk membeli dan anda juga di lihat sebagai seorang yang serius dalam urusan bisnes. Jadi jangan lupa lengkapkan ruangan about ini sebelum anda melakukan kerja promosi.

Tips 4 : Post Free Tips

Ini antara yang selalu di cadangkan oleh ramai otai yang sudah lama berniaga melalui fanpage. Mereka tidak tergesa-gesa terus mempromosikan produk mereka melalui fanpage. Bagi mereka, membina kredibiliti fanpage itu sendiri adalah perkara terawal yang perlu di lakukan.

Apa yang mereka cadangkan  ialah, buat posting tentang free tips terlebih dahulu di fanpage. Kemudian free tips ini di promosikan melalui facebook ads. Bunyinya seperti buang duit. Tapi cara ini sangat berkesan untuk bisnes jangka masa panjang.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk yang berkaitan dengan pelangsingan badan, anda boleh buat posting berkaitan dengan punca masalah berat badan. Mungkin posting itu di lakukan dalam bentuk gambar, teksa tau pun video. Gunakan facebook ads untuk tarik ramai like. Sebolehnya tarik lebih ramai like dahulu dengan posting percuma.

Di peringkat ini, anda di sarankan untuk melakukan posting yang sangat bermanfaat dan pengguna facebook biasanya mudah melakukan sharing apabila mereka rasa ia sangat bermanfaat. Jadi dengan cara ini, anda bukan sahaja mendapat like melalui facebook ads, malah melalui sharing viral orang ramai juga.

Sebagai contoh, saya baru-baru ini tertarik dengan satu posting yang berkaitan dengan penjagaan bayi untuk ibu-ibu yang di kongsikan oleh seorang rakan facebook. Apabila saya baca posting itu, saya rasa teringin mahu melihat page yang melakukan posting itu.

Rupa-rupanya fanpage itu ada menjual banyak produk bayi. Jadi sebab itu admin page ada buat posting tentang penjagaan bayi. Lihat?

Posting yang tiada kaitan dengan produk namun bila mereka membuat perkongsian percuma dalam niche mereka kepada orang ramai, maka cara ini boleh menarik minat ramai orang. Saya yakin ramai ibu yang suka dengan fanpage tersebut. Di samping menjual produk, ada juga banyak tips bermanfaat yang ramai orang boleh ikut.

Jadi, anda juga boleh lakukan cara yang sama. Jadikan fanpage anda bukan sahaja untuk menjual produk, namun tempat berkongsi tips berguna kepada ramai orang. InsyaAllah bila fanpage anda di lihat sebagai “pakar” kerana selalu memberi input yang bagus, maka apa yang anda jual, pasti akan ada yang mahu beli kerana di peringkat awal, anda sudah mampu menarik kepercayaan mereka.

Tips 5 : Posting Untuk Menjual

Setelah anda merasakan posting berkaitan perkongsian percuma sudah di lakukan sekitar 1 minggu lebih kurang, mungkin pada peringkat ini, anda mampu meraih like sekitar 5,000 hingga 10,000 like.

Mengikut kata salah seorang IM yang berpengalaman, dengan menggunakan teknik free tips posting di mixkan dengan facebook ads, beliau mampu meraih like sehingga 1,000 dalam  sehari. Itu satu jumlah sangat banyak.

Saya yakin, selain daripada menggunakan facebook ads, viral posting yang berlaku juga dapat menarik ramai orang untuk like page beliau. Jadi, dengan cara ini, anda boleh mendapatkan like yang berkualiti, dan like yang berkualiti insyaAllah akan mendapat sales yang tinggi. Kenapa?

Kerana anda tidak paksa orang lain untuk like fanpage anda, anda tidak menggunakan robot atau skrip yang mana pengguna facebook terlike page anda tanpa sengaja. Semuanya berlaku secara semulajadi.

Jadi untuk peringkat ini, anda sudah mula boleh melakukan posting untuk menjual. Ingat! Lakukan posting yang berkaitan dengan produk anda sahaja. Jika anda mempunyai fanpage yang menjual produk baju bayi, jangan nanti tiba-tiba pula keluar produk berkaitan dengan laptop. Usah campur adukkan niche jualan dalam satu fanpage, hargai mereka yang like fanpage anda.

Untuk posting menjual, apa yang boleh anda tawarkan?

Anda boleh menggunakan teks atau imej atau video, terpulang. Namun posting ini juga perlu di pelbagaikan. Contoh, jika anda menjual set untuk menghilangkan jerawat, anda boleh menggunakan gambar testimony anda sendiri yang menggunakan produk itu. Gambar dalam bentuk testimony sebelum dan selepas sangat-sangat memberi kesan dan impak yang besar kepada orang ramai.  Para wanita yang online di facebook juga boleh cair dan mahu cepat-cepat buat bayaran bila melihat posting sebegini.

Saudara Luqman ada menulis artikel tentang tips bagaimana anda boleh menggunakan teknik gambar sebelum dan selepas dalam proses pengiklanan. Saya sangat sarankan anda untuk membacanya melalui link ini :

Sebelum dan Selepas Teknik Pemasaran Yang Paling Menyakinkan

Anda boleh belajar daripada seller lain bagaimana mereka melakukan posting jualan melalui fanpage mereka. Jika anda mahu menggunakan gambar produk, pastikan anda menggunakan background warna putih agar produk anda itu lebih menyerlah. Gambar yang di ambil cara professional juga dapat membuat posting nampak lebih menarik.

Tips 6 : Penggunaan Facebook ads

Memang tidak di nafikan bahawa penggunaan facebook ads mampu melonjakkan jualan di fanpage dengan begitu dasyat sekali. Saya boleh senaraikan di sini beberapa IM yang menjadi jutawan dengan berniaga melalui facebook. Percayalah, fanpage dan facebook ads adalah set kombo yang sangat membantu dalam bisnes anda.

Di sini, anda di sarankan untuk memilih prospek yang tepat untuk anda menjual. Terkini, pihak facebook sudah menyediakan tools khas untuk para peniaga bagi mencari prospek yang sesuai dengan produk mereka. Facebook ads adalah satu topik yang teknikal untuk kita bincangkan. Saya sarankan anda membaca blog sifu Jamal Facebook ads untuk membaca ilmu basic. Jika anda mahu lebih advance, hadirkan diri ke seminar facebook ads beliau.

Tips 7 : Pengurusan Kedai Fanpage Anda

Anda pasti di hujani dengan pelbagai pertanyaan tentang produk yang anda promosikan di fanpage. Anda di sarankan untuk tenang dalam menghadapi beberapa hal seperti mengambil tempahan, bungkus barang, hantar barang dan memberi jawapan untuk semua pertanyaan.

Jika boleh, bangunkan team sendiri yang menjaga kerja melayan pelanggan, bungkus barang dan ambil bayaran. Jika anda melakukan bisnes dropship, maka hal urus barang sudah boleh di lepaskan kepada pembekal.

Selepas pembeli mendapat barang, follow up mereka, tanya adakah barang yang di terima OK atau tidak. Jadikan respon mereka itu testimony buat bisnes anda di fanpage itu. Masukkan semua print screen testimony dalam satu folder. Makin banyak testimony, makin besar kepercayaan yang akan anda terima daripada lebih ramai lagi pengguna facebook.

Maka besar lagi peluang anda untuk meluaskan lagi jualan. Wow!

Penutup

OK, itu sahaja tips ringkas untuk anda berniaga di fanpage facebook. Semoga suatu hari nanti anda akan sukses sebagai usahawan internet. InsyaAllah, aamin :D.

Anda ada fanoage anda sendiri yang mana anda gunakan untuk berbisnes di facebook? Jom kongsi di ruang komen di bawah.

Leave a Comment

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.